About MPP


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di setiap Kolej IPTA/IPTS, Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 7, Bahagian III, Akta 174. Fungsi utama penubuhannya adalah untuk menjadi agen perantaraan kepada dua pihak iaitu pihak pengurusan kolej dan pihak pelajar berkaitan dengan dasar kolej mahupun kebajikan  pelajar. Ia juga menjadi badan yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar di kolej lebih ceria dan harmonis. Penubuhan MPP merupakan satu tanggung jawab kepada pihak pengurusan kolej yang mesti melaksanakan suatu pilihanraya seperti yang dinyatakan dalam Kaedah 1(a), Jadual Ketiga, Akta 174.

PERKARA 1 : PENUBUHAN
1.1 Penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada Pengarah Kolej PSDC

PERKARA 2 : NAMA, ALAMAT DAN BAHASA PENGANTAR
2.1 Badan induk yang mewakili pelajar Kolej PSDC Pahang dinamakan Majlis Perwakilan Pelajar atau singkatannya MPP.
2.2 Alamat Majlis Perwakilan Pelajar adalah mengikut alamat Kolej PSDC Pahang.
2.3 Bahasa pengantar utama bagi Majlis Perwakilan Pelajar adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar kedua.