Thursday 26 May 2011

Kem Induksi Pelajar (MEI 2011)

Assalamualaikum W.B.T... dan Selamat Sejahtera dari sidang MPP kolej PSDC...

Pada hari Isnin (23.05.2011) telah berlangsung pengambilan pelajar baru bagi meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di Kolej PSDC. Ia melibatkan pelajar yang mengambil kos Diploma Elektrik Kuasa (DME), Diploma Teknologi Komputer (DTK) dan Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik Elektrik (JEK).

Kem induksi pelajar telah berlangsung pada 23-25 MEI 2011 yang bertempat di Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat. Pelbagai aktiviti menarik seperti program Tongkang Pecah, Andai Ku Tahu, Minda Freshie, Info Hunt dan lain-lain lagi.

jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Kem Induksi Pelajar kali ini samaada secara langsung atau tidak. hanya tuhan yang dapat membalasnya...


sekian...

No comments:

Post a Comment